Melaka mengundi: BN dahului 6 DUN - Utusan Malaysia

Melaka mengundi: BN dahului 6 DUN

PENGUNDI Tan Ah Nai, 65, (dua dari kanan) bersama anaknya, Yam Siew Maan, 33, dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya menunaikan tanggungjawab pada saat akhir hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) mendahului enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Keroh, Merlimau, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning dan Asahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selebihnya pula adalah saingan sama rata antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Keputusan itu berdasarkan paparan papan mata secara langsung di hadapan Pusat Gerakan BN di Ayer Keroh setakat pukul 6.50 petang ini.

BN memaparkan keputusan tidak rasmi menerusi skrin yang dipasang di sebuah berhampiran bilik gerakan utamanya di Ayer Keroh.

Kira-kira 400 orang berada di sekitar kawasan itu.

Keputusan ‘tak rasmi’ biasanya diperolehi menerusi ejen tempat mengundi dan ejen kira undi selepas mereka menandatangani Borang 14. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya