TMJ beri McDonald's tapi MB Kedah pilih cekodok - Utusan Malaysia

TMJ beri McDonald’s tapi MB Kedah pilih cekodok

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menunjukkan cekodok yang dimakan di hadapan hidangan McDonald's. - FACEBOOK MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini menyatakan hidangan cekodok pisang dan cekodok bilis tetap menjadi pilihannya berbanding hidangan makanan segera, McDonald’s.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah berkata demikian selepas menerima McDonald’s daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau lebih berselera dengan makan bahan tempatan yang segar berbanding burger dan ayam daging.

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan.

“Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar,” tulis Muhammad Sanusi dalam Facebook miliknya hari ini.

Menteri Besar Kedah juga memuat naik gambar beliau menunjukkan cekodok yang dimakan walaupun terdapat hidangan McDonald’s di hadapannya.

Semalam, Tunku Ismail memberi buah tangan tersebut sebagai respons balas susulan kenyataan Muhammad Sanusi yang mengejek baginda berhubung soal diet.

No diet? One way to keep a Clown happy. McDonalds…Always work. (Tidak diet? Dalam perjalanan untuk Badut gembira. McDonalds sentiasa berfungsi,” tulis baginda menerusi Instastories.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengusik Tunku Ismail menerusi media sosial selepas JDT terikat seri tanpa jaringan ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 0-0 di Stadium Darul Aman, Kedah, Ahad lalu.

“Diet sakan pun tak leh menang jugak… tertomos (tertumus) pulak…adeh!!,” tulis Muhammad Sanusi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya