Masalah air: Tiada lagi tekanan rendah, empangan cetek di Johor

Masalah air: Tiada lagi tekanan rendah, empangan cetek di Johor

TIN Wai Han (kiri) melihat tangki pengudaraan di Loji Pakej LRA Sultan Iskandar, Masai, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Johor berkemungkinan tidak lagi berdepan masalah kekurangan bekalan air kerana Ranhill Water Technologies (RWT) Sdn. Bhd. mempunyai solusi baharu dalam mengatasi permasalahan tersebut melibatkan tekanan air rendah, paras air empangan cetek dan kerosakan peralatan di fasiliti loji rawatan air (LRA).

Ketua Pegawai Eksekutif RWT, Tin Wai Han berkata, pembangunan teknologi loji pakej (package plant) yang ditempatkan di LRA Sultan Iskandar di Masai, di sini bagi kegunaan semasa adalah jawapan kepada masalah kekurangan bekalan air itu.

Katanya, loji berkeluasan 1,710 persegi itu bertindak sebagai loji sokongan bagi mendapatkan bekalan air sekiranya loji konvensional yang digunakan tidak dapat beroperasi di tahap maksima terutama ketika air dari empangan di paras cetek.

“Loji pakej yang berkapasiti 20 juta liter padu (MLD) dibangunkan untuk menyokong bekalan air sedia ada khususnya ketika musim perayaan, kemarau atau kekurangan air. Storan loji pakej ini mampu membekalkan bekalan air kepada pengguna.

“Buat masa ini, loji yang telah beroperasi sejak Februari lalu membantu proses rawatan air bagi kawasan sekitar Pasir Gudang dan sebahagian Johor Bahru melibatkan keseluruhan pengguna seramai kira-kira 120,000 akaun,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke LRA Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Wai Han berkata, pembinaan loji pakej yang menelan belanja RM19.5 juta itu mudah untuk diselenggara selain mudah alih dan boleh digerakkan ke mana-mana kawasan yang terkesan masalah bekalan air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya