Mangsa banjir di Kedah tinggal 30 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kedah tinggal 30 orang

ANGGOTA APM memperkatakan sesuatu kepada seorang mangsa banjir di Kampung Tanjung Radin, Pendang, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini semakin surut apabila hanya seramai 30 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, sebuah PPS yang masih beroperasi itu hanya di daerah Pendang sahaja.

“Seramai 30 mangsa dari sembilan keluarga tersebut ditempatkan di PPS Dewan Cenderawasih yang dibuka sejak 2 November lalu.

“Sekiranya keadaan air surut sepenuhnya, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumlah mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan  di PPS di negeri ini adalah seramai 954 mangsa daripada 266 keluarga pada 5 November lalu.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya