LONDON : Manchester United akhirnya tekad melepaskan Ole Gunnar Solskjaer dan tugas itu akan digalas oleh Michael Carrick sehingga berakhir musim ini.
Perkara itu disahkan oleh kelab itu dalam satu kenyataan media, hari ini dan turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan legenda Red Devils sepanjang bergelar pengurus pasukan.
Manchester United can confirm that Ole Gunnar Solskjaer has left his role as Manager.
Thank you for everything, Ole ❤️#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 21, 2021
“Beliau tetap akan dikenang sebagai legenda dalam sejarah kelab. Terima kasih diucapkan kepada Solskjaer atas segala usaha keras yang dilakukannya sepanjang menjadi pengurus dan kami harap yang terbaik untuk masa depannya,” menurut satu kenyataan media United, hari ini.
Solskjaer, yang sebelum ini turut diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada Liverpool sebelum tewas 0-2 kepada Manchester City di laman sendiri.
United kini tewas empat daripada lima perlawanan terakhir Liga Perdana, malah telah melepaskan 16 gol, rekod pertahanan terburuk dalam kalangan 10 pasukan teratas.
Difahamkan, United perlu membayar pampasan 7.5 juta pound (RM42.19 juta) jika memecat Solskjaer. – AGENSI