Mahindra hadiahkan Chopra XUV700 - Utusan Malaysia

Mahindra hadiahkan Chopra XUV700

NEERAJ Chopra bergambar dengan Mahinda XUV700 edisi emas rejam lembing.- IHSAN TWITTER NEERAJ CHOPRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Bintang India, Neeraj Chopra menerima kejutan istimewa apabila dihadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Mahinda XUV700 yang diubah suai khas buat jaguh dunia tersebut.

Hadiah itu diberikan oleh taikun aotomobil terkenal, Anand Mahindra sebagai penghargaan kepada Chopra selepas mengharumkan nama India di pentas Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Ogos lalu.

Atlet berusia 24 tahun itu melakar sejarah apabila muncul olahraga pertama menghadiahkan pingat emas buat India menerusi acara merejam lembing lelaki di Stadium Olimpik, Tokyo.

Kemenangan tersebut juga membolehkan India menamatkan penantian 121 untuk mencium emas dalam sukan olahraga.

“Terima kasih @anandmahindra untuk kenderaan ini yang telah diubah suai dengan ciri-ciri yang sangat istimewa.

“Saya tidak sabar untuk mendapatkan kenderaan ini dan ingin meronda-ronda dalam masa terdekat,” kata Chopra menerusi Twitter, baru-baru ini.

Mahindra merupakan penyokong tegar kepada atlet kebangsaan India, selain sering memberi galakan terhadap mereka dari peringkat akar umbi.

Awal tahun ini, dia juga telah menghadiahkan Mahindra Thar SUV kepada enam pemain kriket India, Shardul Thakur, Mohammed Siraj, Shubman Gill, T. Natarajan, Navdeep Saini dan Washington Sundar atas kejayaan menjuarai perlawanan siri India-Australia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya