PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, produk madu jenama Alshifa edaran Syarikat Teik Senn (M) Sdn. Bhd. diperakui halal oleh Halal Certification Services (HCS).
Perkara itu disahkan oleh Bahagian Hab Halal Jakim yang memaklumkan, HCS adalah badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jakim di Switzerland manakala Teik Senn (M) Sdn. Bhd. hanya pengimport dan pengedar produk terbabit.
“Produk madu jenama Alshifa tersebut dikilangkan oleh Sunbulah Al Shifa Honey Bottling Plant dari Arab Saudi dan dipersijilkan halal oleh HCS,” katanya menerusi Facebook hari ini. – UTUSAN ONLINE