Lyon bermain di stadium kosong - Utusan Malaysia

Lyon bermain di stadium kosong

PENONTON membaling botol berisi air sebelum terkena kepala Dimitri Payet ketika pemain tersebut ingin mengambil sepakan sudut.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lyon dihukum bermain di stadium kosong apabila menjadi tuan rumah untuk setidak-tidaknya hingga awal bulan depan berikutan kekecohan penontonnya yang menyaksikan perlawanan dengan Marseille terpaksa ditangguhkan.

Perlawanan Ligue 1 di Stadium Groupama kelmarin, terpaksa dihentikan selepas bintang Marseille, Dimitri Payet, terkena botol yang dibaling oleh penyokong.

Bekas perancang West Ham itu sedang bersiap sedia untuk sepakan sudut di tengah-tengah ketegangan di antara kedua-dua penyokong apabila kepalanya menjadi sasaran balingan botol plastik yang berisi air.

Payet kemudian rebah dan memerlukan rawatan sebelum pemain-pemain lain dikeluarkan dari padang atas arahan pengadil, Ruddy Buquet.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, kemudiannya memohon maaf kepada Payet dan mengesahkan seorang penonton telah ditahan berhubung insiden itu.

Kenyataan daripada Liga Bolasepak Perancis (LFP) berkata perlawanan membabitkan Lyon menentang Reims selepas ini akan dilangsungkan tanpa peminat.

Dalam pada itu, jawatankuasa disiplin dijangka mengumumkan hukuman tambahan, termasuk keputusan perlawanan membabitkan aksi bertemu Marseille pada 8 Disember depan.

Antara hukuman lanjut yang mungkin dikenakan adalah pemotongan mata yang menyaksikan Nice telah dikenakan pemotongan dua mata ekoran kekacauan penyokong ketika berdepan Marseille musim ini.

“Mereka perlu mencapai kata sepakat, masalah seperti ini perlu diselesaikan oleh (penganjur) liga. Saya fikir semua orang harus faham bahawa kelangsungan bola sepak Perancis terancam,” kata Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya