LTdL sah bakal dianjurkan tahun depan - Utusan Malaysia

LTdL sah bakal dianjurkan tahun depan

LTdL 2022 bakal berlangsung pada Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas edisi tahun ini dibatalkan, jelajah berbasikal berprestij Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) bakal kembali menghangatkan jalan raya negara pada 2022.

Perkara tersebut disahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sambil memberitahu LTdL 2022 akan diadakan dengan penuh meriah tanpa sebarang masalah. 

“LTDL akan kembali pada tahun depan dan saya berharap pihak penganjur bersiap sedia untuk menganjurkan LTdL 2022. Saya harap tahun depan tiada masalah besar dan perlumbaan itu dapat diadakan dengan penuh meriah di seluruh negara.

“Kita ada kontrak dengan pihak penganjur selama lima tahun dan sebab tahun lepas tidak diadakan, jadi kena penuhi kontrak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar atlet e-Sukan negara yang akan berentap di Kejohanan Dunia M3 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Singapura, semalam.

Baru-baru ini, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menjelaskan bahawa Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah memberikan pilihan tarikh penganjuran pada Januari dan Mac depan.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut mengucapkan selamat maju jaya kepada dua pasukan e-Sukan negara iaitu Todak dan Team SMG untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM

“Saya berharap kedua-dua pasukan negara ke final dan membawa pulang AS$300,000 (RM1.25 juta) di Singapura nanti. Meskipun terpaksa berdepan lebih dari 14 pasukan saya yakin pasukan negara mampu melakukan terbaik.

“Perkara paling penting kedua-dua pasukan ini mampu mengharumkan negara dan dapat melahirkan lebih ramai pemain e-Sukan terkemuka dunia,” jelasnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya