Lorong Seni Seremban dinaik taraf, tarik lebih ramai pengunjung - Utusan Malaysia

Lorong Seni Seremban dinaik taraf, tarik lebih ramai pengunjung

LORONG Seni Seremban sedang dinaik taraf bagi mengindahkan imej bandar raya Seremban sekali gus menarik lebih ramai pengunjung. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lorong Seni Seremban di sini sepanjang 250 meter yang menempatkan pelbagai lukisan mural menarik kini dalam proses menaik taraf bagi menjadikan ia sebagai produk pelancongan di bandar ini dengan kemudahan  lebih selesa.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, projek menaik taraf itu melibatkan peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang dijangka siap sepenuhnya pada 26 November ini.

Kata beliau, projek naik taraf itu dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke bandar ini bagi menerokai lukisan mural yang melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Yam Tuan dan Jalan Tuanku Munawir.

“Sebelum ini, Lorong Seni Seremban bermula pada awal tahun 2019 di tiga buah lorong belakang di Jalan Dato’ Sheikh Ahmad sehingga Lorong Bazar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan menggunakan peruntukan daripada P62 Negeri Sembilan sebanyak RM450,000 yang melibatkan kerja-kerja pengindahan.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri melalui peruntukan sebanyak RM500,000 bagi projek lorong seni terpanjang dan Bazar Perpatih sebagai Pusat Informasi Pelancongan. Projek ini bermula pada 20 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 November ini meliputi kerja-kerja mengecat mural, pendawaian lampu hiasan, menaik taraf tandas awam di Bazar MAINS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Mural dan Libat Urus Bersama Pelajar Kolej, Belia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pelukis dan Media di Lorong Seni Seremban, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya