Loji insinerator di Langkawi beroperasi Disember - Utusan Malaysia

Loji insinerator di Langkawi beroperasi Disember

REEZAL Merican Naina Merican (tengah) meninjau loji insinerator yang akan mula beroperasi pada Disember ini di Kampung Belangan Pecah, Langkawi, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Loji Rawatan Termal (insinerator) di Belanga Pecah di sini mula beroperasi bulan depan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dapat ditingkatkan di pulau peranginan ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican berkata, loji insinerator atau loji pembakaran sampah ‘Waste-to-Enrgy’ (WTE) itu dapat menampung sampah sehingga 100 metrik tan metrik sehari.

Jelasnya, insinerator itu turut dilengkapi dengan loji rawatan bahan larut lesap (LTP) dan mematuhi pematuhan untuk tidak mengeluarkan dioxin dengan furan berdasarkan piawaian mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Bersebelahan dengan insinerator dan kawasan pelupusan sampah itu, letaknya Kilim Geopark, satu tempat yang diiktiraf oleh UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

“Saya ingin melihat dan memastikan sebarang buangan yang keluar tidak akan menyebabkan pencemaran kepada kawasan Geopark,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Anggerik Lestari di Kuah di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan di insinerator di Belanga Pecah di sini.

Reezal Merican memberitahu, pengurusan sisa pepejal di loji tersebut akan dilaksanakan dengan baik bagi memastikan Kilim Geopark yang telah diiktiraf oleh UNESCO tidak terjejas kerana terletak berhampiran dengan loji tersebut.

Selain itu, katanya, pertambahan kemasukan pelancong sehingga 200,000 orang sebulan ke pulau ini telah meningkatkan janaan sehingga 115 metrik tan sehari berbanding sebanyak 70 metrik tan sehari semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Insinerator itu akan dapat menyelesaikan masalah pengurusan sisa pepejal di pulau peranginan ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya