KLANG: Seorang lelaki warga Pakistan maut dalam keadaan tragis apabila digilis dan tersepit bawah lori kontena dalam kemalangan berdekatan Jambatan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, mangsa, Khan Sarfaraz, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk pada anggota badan.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bersendirian.
“Setibanya di persimpangan lampu isyarat berdekatan jambatan itu, lelaki berkenaan digilis sebuah lori kontena mengakibatkan mangsa kemudian tersepit bawah tayar lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE