Lebih 1,000 pegawai, anggota polis pantau SOP sekolah di Perak - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis pantau SOP sekolah di Perak

NOORZAINY Mohd. Noor menyambut pelajar yang hadir ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, Ipoh, Perak,  hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 1,102 buah sekolah di seluruh Perak bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, Senior Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemantauan itu bukan hanya melibatkan pegawai perhubungan sekolah (PPS) malah elemen lain seperti Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Katanya, pemantauan itu dijalankan setiap hari iaitu pada sesi persekolahan waktu pagi dan petang serta selepas tamat waktu persekolahan.

“Kita bukan hanya pantau pada awal pagi, tetapi juga semasa balik sekolah. Kita risau ibu bapa yang mahu ambil anak dalam keadaan cepat, tidak patuh kepada SOP.

“Pemantauan juga dilakukan oleh anggota trafik dari segi kesesakan lalu lintas sekaligus bagi memastikan keselamatan pelajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Pematuhan SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Cator Avenue di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya