PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan lapan kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan tujuh kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan lapan kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 234 kluster.
“Selain itu, 5,694 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,928 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,097 kes berbanding semalam, 5,502 kes sekali gus diatasi 5,352 kes sembuh.
Katanya, sebanyak 510 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 258 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).
“Daripada 5,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 84 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.
“Bakinya, 5,013 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 45 kes berbanding kelmarin, 48 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,240 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 45 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,116 kes. – UTUSAN