Langgar SOP PRN: Ahmad Zahid, Ab. Rauf dikompaun RM10,000 - Utusan Malaysia

Langgar SOP PRN: Ahmad Zahid, Ab. Rauf dikompaun RM10,000

 AHMAD ZAHID HAMIDI dan AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 19 November lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan video tular di media sosial melibatkan kedua-dua individu tersebut dan siasatan dijalankan mendapati, berlaku pelanggaran SOP semasa tempoh PRN Melaka di kawasan Masjid Tanah pada hari tersebut.

“Justeru, satu kompaun di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bernilai RM10,000 bagi setiap individu dikeluarkan.

“Kompaun dikeluarkan berikutan pelanggaran SOP Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan PRN Melaka Ke-15 iaitu menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

 Dalam pada itu, kenyataan KKM menegaskan, SOP tersebut dikeluarkan lebih awal pada 7 November sebagai rujukan agar semua pihak dapat memahami serta mematuhi SOP yang ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya