Lagi mekanik rentung kereta terbakar di Terengganu - Utusan Malaysia

Lagi mekanik rentung kereta terbakar di Terengganu

ANGGOTA bomba memeriksa Perodua Alza milik Mohd. Azizi Jaafar yang terbakar terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang mekanik ditemukan rentung dalam Perodua Alza miliknya yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu, mangsa, Mohd. Azizi Jaafar, 37, dari Kampung Wakaf Mempelam melecur hampir 90 peratus di anggota badannya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, kebakaran dipercayai berlaku ketika mangsa memandu di laluan berkenaan sebelum menghentikan kenderaannya di tepi jalan.

Bagaimanapun, katanya, cubaan mangsa untuk menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap gagal berikutan api yang merebak cepat. 

“Siasatan awal menemukan tiga tangki gas untuk kerja kimpalan dan satu tangki oksigen di tempat duduk belakang kenderaan mangsa. 

“Api turut merebak ke Perodua Viva yang diparkir di tepi jalan itu hingga hangus 60 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Mohd. Hilman berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya