Kos haji meningkat, lebih RM30,000 seorang tahun depan

Kos haji naik, lebih RM30,000 tahun depan

AHMAD Marzuk Shaary (dua dari kiri) melawat lokasi kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kos untuk menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini meningkat hampir 50 peratus kepada lebih RM30,000 seorang tahun depan berbanding RM23,000 seorang ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenaikan itu secara dasar disebabkan cukai nilai tambah (VAT) Arab Saudi naik daripada lima peratus kepada 15 peratus, tahun depan.

“Selain itu, perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi semasa pandemik Covid-19 juga menyumbang kepada peningkatan kos haji.

“Sebagai contoh, jemaah haji ditempatkan di hotel, seramai enam orang sebilik sebelum ini dan apabila SOP baharu itu diperkenalkan, hanya dua jemaah dibenarkan sebilik. Bagaimanapun, sebarang perubahan kos sebenar akan diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga yang merupakan mangsa kebakaran dua minggu lalu di Jalan Sultanah Zainab, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk meminta semua pihak bertenang mengenai perkara ini kerana Tabung Haji (TH) akan terus membantu menanggung sebahagian kos jemaah seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih belum dapat memberi keputusan jumlah sebenar tanggungan yang bakal dibantu Tabung Haji (TH) sekiranya kos haji benar-benar meningkat.

“Kerajaan tidak pernah menaikkan kadar kos haji sejak 2001. Dalam tempoh itu, TH mengekalkan kos menunaikan haji sebanyak RM9,980 seorang meskipun jumlah sebenar ditetapkan kerajaan Arab Saudi RM23,000,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Marzuk berkata kerajaan masih belum mendapat sebarang makluman mengenai kuota jemaah haji untuk negara ini pada tahun depan.

“Kerajaan akur dengan arahan diputuskan Arab Saudi sekiranya kuota jemaah dikurangkan berbanding kuota sedia ada seramai 30,000 orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya