Kos haji akan diumumkan sebelum Januari tahun depan

Kos haji akan diumumkan sebelum Januari tahun depan

AHMAD Marzuk Shaary beramah mesra secara dalam talian dengan pesakit Covid-19 di PKRC terpilih sempena Majlis Pelancaran Klinik Rohani di PKRC 2021 di Dewan Alamanda Hospital Tampin, Tampin, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kos bagi mengerjakan ibadat haji bagi jemaah dari negara ini akan diputuskan dalam Kabinet dan ia akan diumumkan sebelum Januari tahun depan bagi membolehkan bakal jemaah haji membuat persiapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan meneruskan kebiasaan subsidi kepada jemaah haji, namun kadar dan jumlah bergantung kepada kemampuan kewangan Tabung Haji.

Bagaimanapun menurutnya, kos haji dijangka meningkat memandangkan situasi semasa di Arab Saudi dengan jumlah Cukai Nilai Tambah (VAT) yang bertambah dari lima peratus ke 15 peratus.

“Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kos haji. Selain itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) baharu seperti bilangan individu di dalam hotel juga mempengaruhi.

“Sebagai contohnya, jika dahulu bilik hotel boleh dikongsi enam hingga tujuh orang, sekarang tidak boleh dan SOP hanya dua individu sahaja di dalam bilik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Rohani di PKRC 2021 di Dewan Alamanda Hospital Tampin, di sini hari ini.

Untuk rekod, pada tahun 2019, kerajaan memutuskan bayaran menunaikan haji bagi jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama, kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.

Kos menunaikan haji tahun itu adalah sebanyak RM22,900 berbanding RM22,450 pada musim sebelumnya.

Bagaimanapun, Malaysia tidak menghantar jemaah haji pada tahun lalu dan tahun ini susulan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, selain kos mengerjakan haji berkenaan, jumlah kuota yang diberikan untuk mengerjakan haji juga masih belum diketahui.

“Kadar (kos mengerjakan haji) akan diumumkan pada kadar mampu pada jemaah, tetapi kuota untuk mengerjakan haji.

“Kalau dahulu biasanya sampai 40,000 orang jemaah, sekarang tidak boleh macam itu. Ada had terutamanya daripada segi jumlah kemasukan ke masjid,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya