KL City tambah luka Penang - Utusan Malaysia

KL City tambah luka Penang

ROMEL Morales mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Kuala Lumpur City mendahului Penang FC dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jaringan tunggal Romel Morales sudah cukup untuk memberi kemenangan 1-0 Kuala Lumpur City FC (KL City) ke atas Penang FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu, menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak mara ke suku akhir Piala Malaysia namun status juara Kumpulan A bakal ditentukan pada perlawanan terakhir pada Rabu ini.

Jaringan Morales hadir pada minit ke-38 menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan kapten Penang, Azmi Muslim.

Kemenangan itu meletakkan The City Boys kekal di kedudukan teratas Kumpulan A selepas mengumpul 11 mata dalam lima perlawanan.

KL City akan membuat perhitungan dengan Sri Pahang dalam perlawanan terakhir di Stadium Darul Makmur, Rabu ini yang mana kemenangan akan membolehkan mereka mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

Bagi Penang pula, ia merupakan satu lagi keputusan yang memeritkan buat mereka selepas hanya mengumpul satu mata dalam lima perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya