KL City, jangan terlalu selesa - Bojan - Utusan Malaysia

KL City, jangan terlalu selesa – Bojan

ANAK-ANAK buah Bojan Hodak mengekalkan rekod setahun tanpa kalah di laman sendiri daripada 13 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak tumpas 0-2 kepada Kuching City FC pada 31 Oktober 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengendali Kuala Lumpur (KL) City, Bojan Hodak mengingatkan barisan pemainnya agar tidak dibuai rasa selesa dengan situasi semasa selepas merampas kedudukan tangga teratas Kumpulan A Piala Malaysia ketika ini.

Kejayaan The City Boys membelasah pencabar terdekat yang jatuh di tangga kedua, Sarawak United 4-0 dalam aksi ketiga Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu lalu membolehkan KL City memimpin kumpulan tersebut.

Lebih membanggakan, anak buah Bojan mengekalkan rekod setahun tanpa kalah di laman sendiri daripada 13 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak tumpas 0-2 kepada Kuching City FC pada 31 Oktober tahun lalu.

“Keputusan yang sangat baik selepas saingan Piala Malaysia berehat lama. Aksi pertama biasanya sedikit sukar tetapi gol ketiga kami telah menamatkan perlawanan.

“Kemenangan ini tentunya memberikan suntikan semangat terbaik untuk menghadapi aksi seterusnya. Saya harap satu lagi keputusan positif dapat diraih.

“Saya difahamkan ini adalah rekod tanpa kalah yang paling lama (buat KL City). Ia satu pencapaian yang bagus tetapi saya harap pemain terus tingkatkan permainan ke tahap yang lebih bagus,” kata Hodak.

KL City akan meneruskan aksi keempat Kumpulan A menentang Sarawak United di Stadium UITM, Shah Alam malam ini dan kemenangan di Cheras sudah tentu menjadi suntikan motivasi yang cukup baik buat para pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya