KL City berdepan denda? - Utusan Malaysia

KL City berdepan denda?

Gelagat penyokong merempuh masuk ke padang ketika meraikan kejayaan Kuala Lumpur City mara ke separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.- Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tindakan penyokong memasuki padang mencemari detik kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Selangor.

Pada aksi suku akhir kedua, The City Boys berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Red Giants  untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 3-0.

Keputusan itu secara tidak langsung membolehkan KL City ditabalkan sebagai ‘Raja Lembah Klang’ dan bakal membuat perhitungan dengan Melaka United (MU) di separuh akhir.

Bagaimanapun, tindakan penyokong memasuki padang menyaksikan KL City berisiko didenda oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ekoran kegagalan pasukan itu mengawal penonton serta melanggar  prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya