KKM dijangka umum sistem amaran, jika berlaku peningkatan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

KKM dijangka umum sistem amaran, jika berlaku peningkatan kes Covid-19

KHAIRY Jamaluddin (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci kenderaan pada Majlis Penyampaian Aset kepada Pejabat Kesihatan Daerah Rembau di Rembau hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kementerian Kesihatan akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi dalam masa terdekat sekiranya berlaku gelombang peningkatan kes Covid-19 sehingga ke tahap kritikal. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sistem amaran itu dijangka diumumkan dalam satu hingga ke dua minggu lagi.

“Saya hendak mengumumkan dalam masa terdekat dalam masa satu hingga dua minggu lagi satu sistem yang dinamakan Sistem Amaran Berisiko Tinggi. Hampir semua negeri telah berada di fasa empat dan mereka tidak boleh berpatah balik. 

“Saya telah maklumkan kepada jawatan kuasa pengurusan pandemik, sekiranya ada tanda sudah rasa masuk dalam keadaan bahaya saya akan mengumumkan sistem amaran ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, di sini hari ini. 

Pada lawatan tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyerahkan aset untuk kegunaan pejabat kesihatan berkenaan termasuk sebuah van, kenderaan pacuan empat roda dan 10 buah komputer. 

Dalam pada itu, Khairy memberitahu, kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sekatan penuh pada masa akan datang namun memaklumkan terdapat beberapa sektor yang akan diperketat operasinya.

“Jika boleh saya mahu elak sekatan penuh (kerana) bukan hanya mengganggu ekonomi, termasuk juga kesejahteraan dan mental rakyat. Mereka (rakyat) tidak boleh melalui lagi sekatan penuh.

“Ada beberapa sektor yang akan diketatkan dan saya akan mengumumkan serta dalam keadaan apa sistem yang akan dipakai. 

“Kementerian Kesihatan saya rasa sudah bersedia apabila ada sistem ini apabila ada kenaikan dan sekiranya sudah melepasi nilai ambang. Bukan sekatan secara penuh tetapi ada sekatan yang diperketatkan,” katanya. 

Sementara itu, Khairy turut menyarankan kepada mana-mana penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 terutama dalam kalangan warga emas.

“Vaksin Sinovac memang berkesan bagaimanapun, keberkesanannya cepat menurun berbanding Pfizer. 

“Saya menggalakkan mereka (penerima Sinovac) terutama bagi warga emas penyakit kronik (komorbid) untuk mengambil dos penggalak ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya