Kipre tekad tembusi benteng JDT  - Utusan Malaysia

Kipre tekad tembusi benteng JDT 

PENYERANG Kedah Tchetche Kipre.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penyerang Kedah, Tcheche Kipre berharap dapat beraksi untuk membantu pasukannya berdepan cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Dia yang tidak dapat diturunkan pada suku akhir pertama di Alor Setar pada Ahad lalu akibat kecederaan sehingga menyebabkan barisan serangan Lang Merah kurang terserlah.

Ini terbukti apabila rakan gandingannya, Kpah Sherman sukar untuk bergerak sendiri pada perlawanan tersebut apabila dikawal rapat oleh pemain pertahanan JDT.

Menurut Kipre, beliau sangat gembira apabila pasukan perubatan telah memberikan lampu hijau kepadanya untuk turun berlatih pada hari ini dan berharap akan tersenarai dalam kesebelasan pemain Kedah bagi menghadapi pasukan Harimau Selatan.

“Apabila diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih dalam senarai utama, saya lebih semangat lagi apabila dapat berganding dengan Kpah Sherman bagi membolosi gawang gol JDT.

“Sebagai penyerang, saya akui JDT adalah sebuah pasukan yang kuat, mempunyai barisan pertahanan baik namun dalam bola sepak ini tidak mustahil untuk menjaringkan gol di sana. Dalam masa 90 minit macam-macam akan boleh berlaku” katanya semasa ditemui di Stadium Darul Aman, semalam.

Sementara itu, pemain tengah , Asnan Ahmad berkata, rakan sepasukannya sudah bersiap sedia dalam menghadapi pasukan itu walaupun terpaksa berhadapan dengan laungan dan sokongan padu daripada penyokong JDT.

“Kami tidak gentar dengan laungan di Stadium Sultan Ibrahim kerana sudah siap dari segi mental dalam menghadapi sorakkan penyokong pasukan JDT itu nanti. Sebagai pemain bola sepak tidak harus gentar walaupun bertandang di tempat lawan.

Tambah Asnan, walaupun beberapa pemain muda Kedah mendapat pujian dari  pengendali JDT, Benjamin Mora, mereka menganggapnya ia perkara biasa untuk pemain bola sepak.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya