Killa Driz gembira kekalkan muzik underground - Utusan Malaysia

Killa Driz gembira kekalkan muzik underground

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramai penyanyi baharu yang tidak diberi pilihan untuk menetapkan sendiri jenis muzik yang bakal mereka bawakan di awal pembabitan mereka dalam dunia nyanyian.

Namun penyanyi berbakat besar, Killa Driz, 22, gembira kerana diberi kebebasan untuk mengekalkan muzik underground apabila berhijrah ke dunia hiburan mainstream setahun lalu.

“Dahulu memang ada yang mengatakan pemain underground scene yang mahu ke mainstream perlu menukar genre untuk diterima. Bagi saya perkara berkenaan mungkin benar atau mungkin juga tidak, bergantung kepada rezeki.

“Pendengar boleh menerima apa sahaja muzik asalkan mereka suka dan lagu tersebut kena dengan mereka. Dunia sudah berubah dan orang boleh menerimanya,” katanya.

Empunya nama sebenar Mohamed Idris Shah Mohd. Fariz Lean menganggap transisi perubahan dari underground ke mainstream sebagai satu perjalanan penuh warna.

Killa yang baharu melancarkan lagu Siapa Tahu pada Mac lalu teruja dengan pembaharuan yang dilalui.

“Untuk diterima ramai bukan satu perkara yang mudah memandangkan saya perlu dilihat berbeza, perlu ada kelainan untuk diterima ramai sementelah industri muzik kita kecil.

“Tidak dinafikan banyak saingan daripada rappers baharu yang muncul, jadi saya perlu cari kelainan. Apa yang paling penting sikap perlu dijaga memandangkan tidak semua orang menerima kita kerana produk sahaja.

“Ada orang melihat peribadi juga. Daripada peribadi barulah mereka mengenal lagu dan sebagainya,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Killa mengaku cukup gembira apabila lagu berserah gandingan bersama Sabbala, A-Kid dan LastKhalif dipilih sebagai runut bunyi drama Tikam yang mula ditayangkan malam ini.

Drama tersebut yang menampilkan Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa dan ramai lagi disiarkan pukul 9.30 malam di Astro Ria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya