Kes positif turun bawah 6,000 kes - Utusan Malaysia

Kes positif turun bawah 6,000 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,809 kes berbanding semalam, 6,517 kes sekali gus mengatasi 4,712 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 527 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 277 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,809 kes harian yang dilaporkan hari ini, 102 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 5,707 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga kluster direkodkan sekali gus menunjukkan penurunan berbanding semalam, sembilan kluster.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 278 kluster manakala 5,562 kluster yang telah tamat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 41 kes berbanding kelmarin, 49 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,576 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 41 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,983 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya