Kerajaan perkukuh elemen ESG - Utusan Malaysia

Kerajaan perkukuh elemen ESG

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkukuhkan pendekatan berteraskan elemen Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam aspek ekonomi sejajar dengan agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya negara berhasrat untuk meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), produk yang dieksport perlu mematuhi piawaian ESG yang ditetapkan.

“Malaysia  akan ketinggalan sekiranya mengambil sikap sambil lewa dan bertangguh dalam usaha ke arah penerapan elemen ESG ini.

“Oleh itu, marilah kita semua bersama-sama untuk maju ke hadapan sebagai sebuah Keluarga Malaysia dalam usaha merancakkan ekonomi supaya negara kita Malaysia bangkit dengan lebih gemilang lagi,” katanya dalam ucapan sempena Anugerah Kecemerlangan Industri 2020 di sini malam ini.

Tambah Ismail Sabri, bagi terus memastikan kemampanan ekonomi negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang baru dilancarkan telah dijajarkan dengan inisiatif pemerkasaan ekonomi, kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan sosial demi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN