Kepala air: 11 mangsa kandas termasuk bayi, warga emas selamat - Utusan Malaysia

Kepala air: 11 mangsa kandas termasuk bayi, warga emas selamat

PASUKAN bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terdiri seorang bayi dan warga emas, tujuh kanak-kanak seta dua dewasa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, di Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seramai 11 mangsa yang terdiri daripada seorang bayi dan warga emas, tujuh kanak-kanak serta dua dewasa berjaya diselamatkan selepas terkandas dalam kejadian kepala air di Air Terjun Sungai Pinang dekat Jalan Batang Kali – Genting di sini hari ini.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, mangsa yang terdiri daripada dua keluarga itu dilaporkan datang dari Sungai Buloh dan berkelah bersama di air terjun berkenaan sebelum terperangkap selepas hujan lebat.

“Mangsa kanak-kanak terdiri daripada lima lelaki berusia lima, enam, tujuh dan 11 tahun serta bayi berusia setahun, perempuan pula berusia dua dan lapan tahun.

“Sementara dewasa seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 39 tahun serta seorang perempuan warga emas berusia 65 tahun,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan terkini insiden kepala air dekat Air Terjun Sungai Pinang.

NORAZAM KHAMIS

Sebelum itu, beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.20 petang sebelum sepasukan penyelamat dari Balai Bomba Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 14 minit kemudian dalam keadaan hujan lebat. Semua mangsa berada di pondok yang mempunyai bekalan elektrik dan berada dalam keadaan selamat.

“Operasi menyelamat terus dilakukan sebaik sahaja pasukan bomba tiba dan berjaya menyeberangi sungai kira-kira pukul 9 malam untuk mendapatkan mangsa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya