Kemenangan PRN Melaka isyarat rakyat mahu kestabilan - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Kemenangan PRN Melaka isyarat rakyat mahu kestabilan – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi isyarat kepada rakyat khususnya negeri ini yang mahukan kestabilan politik, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, kejayaan itu sangat besar ertinya bukan sahaja kepada BN dan UMNO, malah kepada seluruh rakyat.

“Kejayaan yang sudah diberikan kepada BN akan dibalas oleh BN dengan memberikan perkhidmatan terbaik serta melaksana segala janji dalam manifesto BN.

“Dengan kemenangan ini, BN mengiktiraf keinginan rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kembali kepada Melaka. Kita akan terjemahkan kestabilan politik ini di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid menambah, penggunaan enakmen antilompat parti adalah antara komitmen BN selepas memenangi PRN Melaka.

Katanya, Kerajaan BN akan memastikan kerjasama antara ADUN untuk memastikan jangka hayat DUN Melaka kekal untuk tempoh empat tahun dari hari pertama bersidang.

Beliau berkata, BN juga akan memperkenalkan undi percaya konstruktif untuk memastikan sebuah kerajaan yang tidak menjadi percaturan pihak tertentu.

“Memperkenalkan agenda transformasi dan pengukuhan DUN untuk membolehkan semua ADUN membuat peranan lebih efektif dalam penggubalan undang-undang dan dasar, bagi memenuhi semak dan imbang.

“Ia termasuk mengusulkan peruntukan dan kebajikan kepada semua ADUN yang akan diputuskan dalam sebuah jawatankuasa dipengerusikan Speaker DUN dan Ketua Menteri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya