Kematian dilaporkan meningkat kepada 63 kes daripada 36 kes - Utusan Malaysia

Kematian dilaporkan meningkat kepada 63 kes daripada 36 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 63 kes berbanding kelmarin, 36 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 8 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,975 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 18 daripada 63 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,864 kes.

Sebanyak 569 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 301 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,065 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Malaysia mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 36 kes berbanding kelmarin, 44 kes.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,626 kes berbanding semalam, 4,979 kes sekali gus diatasi 5,299 kes sembuh.

“Sebanyak 569 kes, ICU, dan 301 kes memerlukan ABP.

“Tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tiga daripada lima kluster Covid-19, diikuti satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya