Kematian dilaporkan meningkat, 8 BID - Utusan Malaysia

Kematian dilaporkan meningkat, 8 BID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 58 kes berbanding kelmarin, 35 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 11 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,349 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 58 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,932 kes.

Sebanyak 534 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 263 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) selain pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,118 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja terus mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tiga daripada enam kluster Covid-19, diikuti dua kluster berkaitan pendidikan dan sau kluster pusat tahanan.

Malaysia juga mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 4,543 kes berbanding semalam (kelmarin), 4,343 kes sekali gus diatasi 7,348 kes sembuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya