Kematian akibat Covid-19 meningkat dalam tempoh tiga minggu - Utusan Malaysia

Kematian akibat Covid-19 meningkat dalam tempoh tiga minggu

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kes kematian akibat Covid-19 di Terengganu mencatatkan peningkatan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, setakat semalam, sebanyak sembilan kematian direkodkan dengan masing-masing tiga di daerah ini dan Kuala Nerus di samping Marang (dua kes) dan Hulu Terengganu (satu kes).

“Bilangan kes Covid-19 di Terengganu tidak menunjukkan kenaikan tetapi kemasukan ke hospital meningkat dalam tempoh tiga minggu ini.

“Sehubungan itu, kita dapati ada sedikit peningkatan dari segi jumlah kematian tetapi belum di tahap membimbangkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Kasemani, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Terengganu kini adalah sebanyak 647 kes.

Baru-baru ini, beliau berkata, kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) penuh berikutan peningkatan kes positif Covid-19 kebelakangan ini.

Katanya, kenaikan itu dipercayai berpunca akibat pergerakan rentas negeri di samping peralihan Terengganu ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam perkembangan sama, menurut Kasemani, penggunaan katil bagi pesakit kategori lima kini adalah sebanyak lima peratus, kategori empat (18 peratus) dan kategori tiga (11 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya