Karate tidak patut 'ditendang' keluar Olimpik - Da Costa - Utusan Malaysia

Karate tidak patut ‘ditendang’ keluar Olimpik – Da Costa

STEVEN Da Costa berjaya mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Dunia di Dubai menerusi kategori 67 kg, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia dua kali, Steven Da Costa dari Perancis menegaskan karate tidak sepatutnya dibuang daripada Sukan Olimpik Paris 2024, sambil menyifatkan tindakan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) salah.

Tegas pemenang pingat emas Olimpik Tokyo itu, Presiden IOC, Thomas Bach pasti akan menyesal dan menyedari bahawa temasya di Paris itu tidak lagi berseri selepas ketiadaan sukan tempur tersebut.

Karate mungkin membuat kemunculan pertama dan terakhir pada Olimpik di Tokyo selepas gagal mendapat tempat di Paris 2024, namun sukan tersebut masih berpeluang untuk dimasukkan semula pada Los Angeles 2028.

“Saya telah lakukan segalanya demi memastikan karate dapat ditempatkan semula dalam Olimpik.

“Keputusan untuk ‘membuang’ karate daripada temasya tersebut sangat tidak adil.

“Alangkah baiknya jika Presiden IOC, Thomas datang ke kejohanan karate seperti Kejuaraan Dunia atau mana-mana Kejohanan Benua.

“Pasti dia akan sedar bahawa Olimpik tidak lagi berseri selepas ketiadaan karate dalam temasya tersebut.

“Karate merupakan sukan yang menakjubkan, dengan memiliki berbilion pengikut dari seluruh dunia,” kata Da Costa yang berjaya mempertahankan gelaran dalam Kejohanan Dunia di Dubai menerusi kategori 67 kg, semalam.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya