Kanak-kanak terjatuh dalam sungai dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak terjatuh dalam sungai dikhuatiri lemas

Pasukan mencari dan menyelamat menyusuri Sungai Perupok untuk mencari seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di Kampung Perupok, Yan hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN:  Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Perupok di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Hafizan Awaisy bermain di tepi sungai tersebut.

Kanak-kanak terbabit kemudian didapati hilang dan hanya basikalnya ditemukan berhampiran tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa sebelum kejadian bermain dengan kakaknya berusia sembilan tahun di tepi sungai tersebut.

“Kakaknya kemudian pulang ke rumah neneknya terlebih dahulu dan meninggalkan adiknya bermain seorang di tepi sungai itu.

“Selepas itu, dia dan ibunya yang berusia 36 tahun menunggu kanak-kanak itu pulang ke rumah tetapi masih tidak pulang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, setelah mendapati kanak-kanak itu masih belum pulang, mereka terus ke tempat kejadian dan mendapati hanya terdapat basikal mangsa sahaja.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya