Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam kolam renang

Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang

RAYYAN Mikhail Azmi ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kolam renang di rumahnya di Kampung Balun, Slim River, Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang di rumahnya di Kampung Balun, Slim River di sini semalam.

Rayyan Mikhail Azmi disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kanak-kanak terbabit disedari tiada di dalam rumah sebelum mangsa ditemukan tersembam oleh bapanya dalam kolam renang tersebut.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri itu segera dibawa di Hospital Slim River untuk rawatan awal.

“Semasa dirawat di Hospital Slim River, mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal.  Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil. 

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ini ketika rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HRPB bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

“Polis mengklasifikasi kes ini sebagai mati mengejut dan satu kertas siasatan dibuka di mana siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya