‘Kami dari kru pelakon-pelakon Tahyul memohon maaf’ - Rozita Che Wan - Utusan Malaysia

‘Kami dari kru pelakon-pelakon Tahyul memohon maaf’ – Rozita Che Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan yang mewakili barisan pelakon drama Tahyul tampil memohon maaf kepada pelakon berbakat besar, Farah Ahmad yang terkilan apabila namanya tidak disenaraikan dalam kredit akhir drama berkenaan.

Permohonan maaf itu dibuat Rozita menerusi satu perkongsian di Instastorynya baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut Rozita atau Che Ta menegaskan bahawa meski pun babak untuk watak Nyai Eseh yang dilakonkan Farah itu tidak banyak, namun tetap memberi kesan dalam memantapkan penceritaan drama tersebut.

“Kami dari kru pelakon-pelakon Tahyul memohon maaf di atas ‘terlepas pandang’ pihak penyunting mungkin, kerana nama Farah Ahmad tiada dalam senarai nama-nama pelakon Tahyul.

“Walaupun watak Nyai Eseh tak banyak, tetapi dengan lakonan Farah Ahmad sangat berkesan dan memantapkan lagi cerita ini,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Rozita turut menyuarakan penghargaan atas kesudian pelakon tersebut untuk menerima tawaran melakonkan watak berkenaan.

“Kami sebagai barisan kru Tahyul sangat menghargai dan berterima kasih diatas kesudian kakak menerima tawaran ini walaupun terpaksa berulang alik ke Kuala Lumpur dari Perlis.

“Sekali lagi, maaf diatas kekhilafan kru Tahyul. Saya secara peribadi berharap akan ada rezeki untuk bekerjasama dengan kakak di masa akan datang,” tulisnya lagi.

Farah sebelum ini meluahkan kekecewaannya apabila namanya tidak disenaraikan dalam kredit akhir drama tersebut.

“Bukan mengada, tetapi menjaga, mengingatkan nilai estetika, etika, disiplin, saling menghargai semua dalam kerja tak kira kerja apa pun sesama kita.

“Setiap apa pun kita buat ada kredit kepada siapa. Bermaksud kita menghargai sesuatu benda.

“Tapi Alhamdulillah, untuk pengetahuan semua, penerbit dan produksi masih ada nilai empati menyelesaikan apa yang terlepas pandang,” tulisnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya