Perak kaji kaedah ganti guru tolak vaksin Covid-19

Kaji kaedah ganti guru tolak vaksin Covid-19

KETUA Pegawai Eksekutif dan penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan CEO@PolyCC dan Pelancaran Pusat Pelajar Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) serta Karnival Kerjaya PUO di Ipoh, Perak, hari ini. - FOTO/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Pendidikan negeri mengkaji kaedah untuk menggantikan guru yang tidak boleh mengajar kerana enggan menerima vaksin Covid-19, apabila sesi persekolahan di negeri ini dibuka pada 22 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri akan mengikuti dasar dan polisi terhadap guru yang enggan mengambil suntikan vaksin. 

Menurutnya, namun sekiranya guru tidak dapat hadir ke sekolah, Jabatan Pendidikan akan mencari guru ganti, sama seperti guru cuti bersalin atau yang mempunyai masalah kesihatan. 

“Keadaan ini lebih kurang seperti guru yang cuti bersalin, setiap guru yang cuti bersalin sudah pastilah pihak jabatan akan mencari guru ganti bagi mengisi kekosongan.

“Saya sudah berbincang dengan Jabatan Pendidikan negeri yang sedang memperhalus cara untuk mengisi kekosongan guru-guru yang tidak dibenarkan mengajar kerana menolak vaksin,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan CEO@PolyCC dan Pelancaran Pusat Pelajar Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) serta Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar (PUO) 2021, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, seramai 279 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru yang enggan mendapatkan vaksin Covid-19 ataupun anti-vaksin tidak akan dibenarkan mengajar, berinteraksi atau bersama murid dalam kelas menjelang pembukaan sekolah.

Sementara itu, Ahmad Saidi  berkata, setakat ini tiada laporan kes positif Covid-19 dalam kalangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam sejak sesi persekolahan dibuka semula 1 November lalu. 

“Sejak sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dibuka, tiada laporan kes Covid-19. 

“Setakat ini tiada sekolah ditutup disebabkan berlaku kes positif Covid-19,” katanya. 

Sementara itu, Ahmad Saidi berkata, peratusan kadar vaksinasi bagi program Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) untuk pelajar sekolah, mencatatkan hasil yang sangat memberangsangkan. 

“Kadar vaksinasi di negeri ini sudah mencatatkan hampir lebih 90 peratus bagi kategori CITF-A, pelajar yang sudah menerima suntikan bersedia untuk kembali ke sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya