Kaji Ivermectin kepada kontak rapat - Utusan Malaysia

Kaji Ivermectin kepada kontak rapat

IVERMECTIN belum disahkan untuk rawatan Covid-19. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kajian klinikal bagi melihat keberkesanan Ivermectin sebagai profilaksis (pencegahan penyakit) akan dimulakan dalam masa terdekat melibatkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy berkata, ia akan dijalankan menerusi kerjasama industri serta ICR selain hospital dan kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, langkah tersebut adalah bagi mengenal pasti sama ada keberkesanan Ivermectin boleh mencegah daripada dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya. 

“Justeru, kita sedang menunggu kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi menjalankan kajian itu dan kita harap boleh dimulakan seawal bulan depan.

“Kajian ini akan melibatkan 300 sampel dengan kontak rapat berusia 18 tahun ke atas di 10 fasiliti kesihatan di empat negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selagi dia adalah kontak rapat, mereka dipelawa untuk menyertai kajian klinikal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus bersama media secara maya mengenai keberkesanan rawatan Ivermectin dalam penyakit Covid-19 melibatkan pesakit berisiko tinggi (Kajian I-Tech).

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim sebagai moderator selain beberapa pakar dan mereka yang terlibat dalam kajian tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Kalaiarasu berkata, kontak rapat tersebut perlu membuat ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sebanyak dua kali sebelum kajian serta pada hari kelapan.

“Sepanjang tempoh kuarantin, mereka akan diperhatikan dan dipantau mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan. Ivermectin akan diberikan dalam tempoh dua hari iaitu hari pertama dan kedua.

“Kajian ini juga akan diberhentikan apabila sampel itu penuh sehingga mencapai 300 individu,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada 3 November lalu memaklumkan, kajian dijalankan ICR, Institut Kesihatan Negara (NIH) berkenaan penggunaan Ivermectin ke atas 500 pesakit Covid-19 mendapati, ia tidak mampu mencegah Covid-19 daripada menjadi serius.

Beliau dipetik berkata, ekoran dapatan daripada kajian itu, Kementerian Kesihatan tidak akan menyarankan penggunaan Ivermectin dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan Covid-19 yang sedia ada di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya