KANGAR: Menggunakan laluan udara mungkin antara usaha dilakukan segelintir pasangan dari negara ini bagi melangsungkan perkahwinan di Thailand.
Hal demikian disebabkan laluan darat ke negara jiran tersebut masih belum dibenarkan melainkan bagi urusan perda-
gangan sahaja.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, pihaknya
tidak menolak kemungkinan terdapat pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Thailand dengan memasuki negara itu melalui udara setelah negara jiran tersebut membuka sempadan melalui laluan udara sejak 1 November lalu.
Bagaimanapun, beliau percaya, apabila sempadan melalui laluan darat dibuka, mungkin akan ada pasangan yang pergi
ke negara jiran untuk akad nikah dan jumlah tersebut akan meningkat seperti sebelum
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
“Buat masa ini, sempadan Malaysia-Thailand dibuka untuk laluan udara sahaja. Laluan darat belum lagi hanya dibuka
untuk tujuan perdagangan sahaja.
“Namun, mungkin ada (pasangan) yang pergi ikut laluan udara untuk tujuan berkahwin di sana,” katanya.
Thailand membuka semula sempadan kepada pengunjung dari 46 negara berisiko rendah Covid-19 bermula 1 November
lalu.
Bagaimanapun, pelancong dari negara yang disifatkan sebagai berisiko rendah itu dibe-
narkan memasuki Thailand melalui laluan udara tanpa perlu menjalani proses kuarantin.
Namun, mereka perlu menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 dan menunjukkan keputusan ujian saringan negatif sebelum menaiki pesawat selain perlu bersetuju untuk menjalani ujian saringan sebaik tiba di
Thailand.
Tambah Ruzaini, dalam tempoh PKP sehingga kini, masih belum ada pasangan yang menikah di Thailand mendaftar
perkahwinan mereka di Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
Katanya, sejak 2010 sehingga tahun lalu, sebanyak 1,825 pasangan yang menikah di Thailand mendaftarkan perkahwinan di negeri ini.
“Purata pasangan menikah di Thailand adalah kira-kira 182 setahun. Tahun lalu, menyaksikan kemerosotan perkahwinan
di Thailand secara drastik kepada 70 peratus berbanding 2019 kerana pintu sempadan hanya dibuka sehingga pertengahan bulan Mac sahaja,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, faktor utama pasangan berkahwin di Thailand
adalah disebakan poligami iaitu
sebanyak 70 peratus.
Katanya, halangan daripada keluarga pula menjadi faktor kedua terbesar iaitu 26 pera-
tus, manakala tiga peratus lagi menganggap proses berkahwin di Thailand lebih mudah serta tidak mahu mengikut adat serta
tradisi seperti kenduri kahwin dan sebagainya.
“Pasangan yang berkahwin di negara jiran perlu hadir ke JAIPs dengan mengemukakan dokumen selepas mendapat pentauliahan dari Majlis Agama
Islam Thailand selain mampu membuktikan perkahwinan mereka berlaku dan sah mengikut syarak supaya dapat didaftarkan di negara ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE