Kadar kemasukan hospital meningkat   - Utusan Malaysia

Kadar kemasukan hospital meningkat  

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar kemasukan ke hospital melibatkan pesakit Covid-19 didapati meningkat dengan kebanyakan kes tersebut melibatkan warga emas atau golongan komorbid dijangkiti kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan vaksin dos penggalak.

“Pakai pelitup muka dan elak tempat sesak. Dapatkan booster (dos penggalak) bila diberi janji temu,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Menerusi satu lagi ciapannya, beliau meminta sesiapa yang mempunyai ibu bapa atau datuk dan nenek untuk memberi keyakinan kepada mereka mendapatkan dos penggalak apabila sudah menerima janji temu.

Laman web CovidNow hari ini memaparkan, terdapat 68,790 kes aktif setakat semalam melibatkan 55,026 kes dikuarantin di rumah, 7,792 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,431 kes di hospital, 274 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 267 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya