"Jumlah pengikut pernah jadi penghalang" - Hazman Al-Idrus - Utusan Malaysia

“Jumlah pengikut pernah jadi penghalang” – Hazman Al-Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dinafikan, sosial media kini dilihat sebagai antara medium komunikasi penting dalam kehidupan seharian.

Bagi artis ataupun selebriti, Instagram boleh digunakan untuk membina hubungan yang lebih akrab dengan peminat. Namun, kini terdapat produksi yang menetapkan syarat yang pelakon harus mempunyai jumlah pengikut ramai di Instagram sekiranya ingin tampil di kaca televisyen.

Pelakon dan penyanyi Hazman Al-Idrus mendedahkan, dia pernah dipandang rendah dan dipersoalkan kebolehannya kerana pengikut Instagramnya yang tidak seberapa.

“Kejadian itu berlaku setelah saya kembali ke Malaysia selepas menjadi wakil untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama di Indonesia pada 2015. Di sana, saya juga sempat berlakon beberapa telemovie.

“Setelah kembali, saya cuba pergi casting selain menyertai kelas berlakon untuk mencuba nasib dalam negara sendiri.

“Terdapat pihak yang bertanya berapa ramai pengikut saya di Instagram. Setelah saya jelaskan, dia berkata saya patut teruskan sahaja karier di Indonesia memandangkan pengikut Instagram saya berasal dari negara tersebut.

“Dia juga menekankan saya tidak akan naik di Malaysia sekiranya mempunyai lebih ramai pengikut dari negara itu. Setelah mendengar kata-katanya, saya terkilan dan rasa seperti cuba dihalau saya dari negara sendiri pula,” katanya.

Hazman berkata, pemilihan bakat berdasarkan pengikut media sosial tidak wajar berlaku dalam industri ini. Seorang pelakon perlu mempunyai bakat yang berkualiti kerana itu sudah cukup untuk membuka mata dan menarik perhatian penonton.

Mujur Hazman memilih untuk tetap meneruskan impiannya dan tidak mengendahkan komen negatif tersebut.

Antara telemovie dan drama lakonannya adalah Salam Squad Aidiladha, Pulut Kuning Sushi Salmon, Arjuna Cinta Keisha, Salam Squad, Wasiat Jordan dan banyak lagi.

Cerita Hazman lagi, sejak itu, dia lebih fokus kepada lakonan berbanding nyanyian. Namun, setelah kira-kira enam tahun menyepi daripada dunia nyanyian, baru-baru ini Hazman tampil dengan lagu terbaharunya berjudul Aura terbitan label rakaman dan pengurusan miliknya, Hai Production.

Hazman atau nama sebenarnya Syed Muhammad Hazman Syed Yusof,33, mengakui pembikinan lagu adalah satu pengalaman yang mencabar buat dirinya.

“Memandangkan ini adalah single perdana, saya memang tiada pengalaman dalam menerbitkan lagu. Kini, banyak ilmu yang saya pelajari antaranya menulis lirik lagu, mencipta melodi, membuat rakaman di studio, penyusunan muzik dan vokal sehinggalah proses penerbitan lagu.

“Ia adalah ilmu berharga buat saya. Bagi saya, semua penyanyi wajib tahu proses pembikinan lagu sendiri, bukan sekadar datang ke studio untuk rakaman dan tunggu lagu keluar,” jelas anak kelahiran Terengganu itu.

Lagu Aura yang bergenre Rock ini adalah seratus peratus hasil sentuhannya sendiri dan dia berharap ia mampu memberikan aura baharu kepadanya.

Lagu tersebut boleh didengari di laman YouTube Hazman Al-Idrus dan semua platform digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya