Jual 500 ais kepal ‘anak itik’ sehari - Utusan Malaysia

Jual 500 ais kepal ‘anak itik’ sehari

SEORANG pekerja menyusun bekas anak itik yang dijual Mohd. Fariq Atan dan isterinya di Kampung Pauh Lima, Kota Bharu. – UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Laris terjual sehingga 500 bekas sehari. Demikian hebatnya penangan ais kepal Milo diisi dalam bekas berbentuk anak itik yang dijual pasangan suami isteri di Kampung Pauh Lima, di sini sejak bulan lalu.

‘Kecomelan’ bekas kuning itu tular di media sosial dan mencetus fenomena tersendiri apabila orang ramai sanggup berbaris di kedai Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39, semata-mata mahu membelinya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fariq berkata, selepas perniagaan kedai runcit diusahakannya dan isteri terjejas teruk akibat Covid-19, mereka memikirkan pelbagai cara untuk bangkit semula.

Katanya, mereka pada mulanya cuba menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.

“Sebelum ini ada peniaga jual minuman dalam bekas se­perti baldi. Jadi kami cuba buat kelainan­ dengan jual ais kepal dalam bekas anak itik kuning. Tidak sangka, percubaan ini mendatangkan hasil lumayan.

“Alhamdulillah, selepas ditularkan di media sosial, rezeki kami murah apabila berjaya menjual sehingga 500 set bekas anak itik setiap hari. Bagi memenuhi keperluan ini, 30 kilogram Milo digunakan sehari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

“Disebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus, kami kini mengambil dua pekerja selain perlu menempah ribuan set bekas anak itik lebih awal di kilangnya yang terletak di Johor Bahru,” katanya.

Ais kepal Milo dalam bekas kecil dijual pada harga RM8 manakala bekas besar RM30.

Selain bekas anak itik, kedai tersebut turut menawarkan ais kepal Milo dalam bekas beruang sebagai pilihan alternatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya