Jokowi minta Ismail Sabri tangani isu rakyat Indonesia di Malaysia - Utusan Malaysia

Jokowi minta Ismail Sabri tangani isu rakyat Indonesia di Malaysia

ISMAIL SABRI Yaakob (kiri) dan Joko Widodo ketika sambutan rasmi sempena lawatan ke Indonesia di Jakarta. – PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi rakyat Indonesia di Malaysia.

Ini selepas kedua-dua pemimpin negara itu bertemu di Istana Kepresidenan Bogor, Jawa Barat, hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata,  antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pentingnya perlindungan warganegara Indonesia yang berada di Malaysia.

“Sebagai negara tetangga dekat dan bangsa serumpun, Indonesia dan Malaysia harus memperkuat kerjasama berdasarkan prinsip yang saling menghormati dan saling menguntungkan.

“Dalam kaitan inilah, memorandum persefahaman (MoU) perlindungan tenaga kerja domestik Indonesia dapat segera diselesaikan.

“Mengenai izin Community Learning Center di Malaysia juga perlu diberikan izinnya sesuai dengan prinsip hak pendidikan bagi semua,” katanya.

Pada masa sama, Jokowi meminta Ismail Sabri agar menyelesaikan sekatan pergerakan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita berharap dalam waktu yang sesingkat-singkatnya masalah ini dapat segera diselesaikan,” katanya.

Jokowi juga gembira dengan kenaikan kadar perdagangan antara dua negara sebanyak 49 peratus pada Januari hingga Ogos 2021, jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.

Beliau juga membincangkan mengenai kebenaran merentas antara dua negara yang akan dibuka secara berperingkat, serta isu situasi di Myanmar dan Laut China Selatan.

Ismail Sabri dalam kenyataan balas memberi jaminan bahawa tenaga kerja Indonesia di Malaysia akan dijaga sebaik mungkin, melalui Kementerian Sumber Manusia, selain membuka pusat aduan secara langsung untuk pekerja yang tidak puas hati dengan majikan mereka, seperti masalah kelewatan bayaran gaji.

“Mereka dapat terus mengajukan aduan langsung ke Kementerian Sumber Manusia. Hal ini untuk memberikan perlindungan kepada tenaga kerja yang mungkin disalahgunakan dengan masalah gaji dan hal-hal lain yang tidak dapat mereka suarakan sebelum ini,” katanya.

Mengenai aspek laluan perjalanan antara kedua-dua negara, Ismail Sabri telah bersepakat dengan Jokowi untuk membuat rundingan lebih lanjut.

“Insya-Allah jika dipercepat untuk berunding, kita sudah sepakat akan membuat kenyataan bersama untuk mengumumkan pembukaan perjalanan antara Malaysia dan Indonesia,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya