JDT 'tertekan' jika gagal dapat gol awal - Bojan - Utusan Malaysia

JDT ‘tertekan’ jika gagal dapat gol awal – Bojan

SHUKOR ADAN (kanan) bersama jurulatih KL City, Bojan Hodak ketika sidang akhbar menjelang final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur City (KL City) mahu memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mendapatkan gol awal kerana secara tidak langsung akan memberi tekanan kepada skuad kendalian Benjamin Mora.

Mengakui skuad Harimau Selatan itu merupakan pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga M), pengendali KL City Bojan Hodak sudah merencanakan strategi terbaik untuk memberi kejutan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Kita akan lihat bagaimana perlawanan itu berlangsung nanti tetapi jika mereka gagal menjaringkan gol awal, ia akan membuat mereka tertekan.

“Seterusnya baru kita akan dapat melihat lebih banyak peluang untuk mengejutkan mereka tetapi jika pemain kita letih maka ia perkara itu boleh dilupakan,” katanya kepada media dalam sidang media, semalam.

Hodak menegaskan bahawa pasukannya merupakan skuad kecil jika dibandingkan dengan JDT dan pasukan-pasukan lain yang memiliki pasukan ‘feeder’.

“Ini adalah perlawanan kesembilan dalam sebulan jadi kebanyakan pemain kami memang bermain dan JDT mempunyai dua pasukan dan dua set pemain import.

“Persoalannya bagaimana dalam satu pertandingan mereka boleh menggunakan (khidmat semua import), satu tidak tahu mana-mana negara melakukan perkara sama. Bola adalah bulat, jadi apa saja boleh berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengendali dari Croatia itu turut mengesahkan bahawa dua pemainnya iaitu Kenny Pallraj dan Zhafri Yahya mengalami kecederaan ketika separuh akhir kedua menentang Melaka United.

Sementara itu, pemain berpengalaman Shukor Adan mengumumkan bahawa aksi final itu akan menjadi perlawanan terakhirnya sebagai pemain di Liga M selepas 24 tahun mengabdikan diri dalam bola sepak.

“Pada Piala AFF 2014, saya mengumumkan persaraan saya daripada pasukan kebangsaan dan kini sebagai pemain bola sepak profesional di negara ini.

“Saya tidak menafikan bahawa saya sedih selepas hampir 24 tahun bergelar pemain bola sepak tetapi ia adalah masa terbaik dalam karier saya untuk bersara,” ujarnya yang kini berusia 42 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya