Jangan spekulasi isu guru belum vaksin diasingkan dalam stor 

Jangan spekulasi isu guru belum vaksin diasingkan dalam stor 

MAH Hang Soon (kanan) berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan MCA Perak di Wisma MCA Perak di Ipoh, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang spekulasi berhubung dakwaan seorang guru diasingkan di bilik simpanan tukang cuci sekolah kerana belum divaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu namun sedang menunggu laporan penuh oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. 

“Kita sudah tahu laporan (kes itu) di media dan sekarang, kita perlu tunggu laporan selepas siasatan oleh PPD dan JPN. Pada saya, yang paling elok adalah jangan kita uar-uarkan perkara ini. Kita perlu menjaga kebajikan semua pihak khususnya murid dan guru,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Wisma MCA, di sini hari ini.

Menurut Hang Soon, pihaknya akan meneliti perkara yang dibangkitkan dan pada masa sama tidak mengabaikan kebajikan semua pihak termasuk guru terbabit.

“Semasa kita mahu jaga kebajikan guru (belum divaksin), jangan pula kita lupa kebajikan guru-guru lain yang telah lengkap divaksinasi khususnya murid-murid. Mereka ini adalah golongan yang sentiasa menjadi keutamaan kepada Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dakwaan seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini yang diasingkan pihak sekolah di bilik simpanan stor tukang cuci kerana tidak divaksin Covid-19.

Dakwaan guru itu tular di media sosial menerusi video berdurasi tiga minit yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

September lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd. Radzi Md. Jidin menegaskan, guru yang enggan divaksinasi tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka semula.

Beliau berkata, kawasan khas bagi kumpulan guru terbabit akan diasingkan daripada warga pendidik yang sudah divaksinasi serta murid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya