Jangan paksa diri untuk bermain - Roslin - Utusan Malaysia

Jangan paksa diri untuk bermain – Roslin

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) termasuk pemain disarankan untuk tidak menghantar dan memaksa diri menyertai lebih daripada tiga kejohanan di luar negara.

Perkara itu boleh menyebabkan pemain berdepan risiko seperti dialami jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia yang terpaksa menarik diri selepas mendapat kecederaan belakang ketika beraksi pada set penentuan dalam final badminton Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman. 

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim berkata, menyertai kejohanan secara berterusan boleh mengakibatkan badan pemain menjadi lesu serta mendatangkan kecederaan.

Katanya, walaupun keadaan pemain dalam keadaan yang cergas, tubuh manusia tetap memerlukan rehat yang secukupnya agar sentiasa konsisten memberikan prestasi terbaik dalam setiap kejohanan. 

“Sebenarnya, keadaan Zii Jia memang tidak boleh beraksi buat masa sekarang kerana dia mengharungi banyak kejohanan back to back. Saya risau adalah akibat daripada keletihan mengundang kepada kecederaan.

“Selepas tiga kejohanan pun kita sudah nampak kesannya, inikan pula lima. Apabila sudah cedera, pemain akan berehat lebih lama sekali gus banyak kejohanan akan tercicir.

“Jangan terlalu memaksa Zii Jia kerana ketika ini dia sudah pun berada di dalam ranking yang baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

ROSLIN HASHIM

Malaysia akan menyertai beberapa kejohanan selepas ini termasuk kejohanan Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia bulan ini menjadikan mereka beraksi dalam tujuh pertandingan berturut-turut.

Roslin berkata, Zii Jia perlu menarik diri dan berehat daripada menyertai kejohanan akan datang walaupun sudah pulih daripada kecederaan.

Jelasnya, walaupun nama Zii Jia sudah tersenarai di kejohanan akan datang, perkara itu masih boleh dibincangkan dan bergantung kepada keinginan pemain itu sendiri.

“Saya berharap BAM dan pemain perlu meneliti keadaan tubuh badan pemain dan jangan memaksa sekiranya benar-benar tidak berada pada tahap yang memuaskan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya