Jalaluddin arah DBKL segera baik pulih tanah runtuh di Seputeh - Utusan Malaysia

Jalaluddin arah DBKL segera baik pulih tanah runtuh di Seputeh

JALALUDDIN Alias ketika meninjau keadaan tanah runtuh di Taman Kuchai Entrepreneurs, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera melakukan kerja baik pulih tanah runtuh bersebelahan flat Blok 4, Taman Kuchai Entrepreneurs di Seputeh.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, usaha berkenaan perlu dilakukan serta-merta dan selewat-lewatnya harus bermula juga pada hari ini.

“Dengan keadaan hujan lebat sebelah petang, risiko akan bertambah tinggi. Struktur tanah yang lembut dan tidak stabil boleh bawa bencana lebih besar,” jelasnya menerusi kenyataan.

Semalam, beliau dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian selepas beberapa mesyuarat di pejabatnya di sini setelah menerima mesej WhatsApp mengenai isu itu ketika berada di Parlimen.

Berdasarkan pemerhatian beliau, keluasan tapak tanah runtuh tersebut menjangkau selebar kira-kira 3.7 meter dengan panjang pula enam meter serta jarak kedalaman sehingga 4.6 meter.

“Soal keselamatan dan nyawa rakyat tidak boleh dikompromi, malah kita harus memastikan isu berkenaan menjadi keutamaan dalam setiap tugasan harian bersama,” tegas Jalaluddin yang turut mengakui agak terkejut apabila melihat sendiri keadaan tanah runtuh sehingga membentuk lubang besar yang cukup teruk dan berisiko tinggi kepada penduduk sekitarnya.

Bagaimanapun pihak DBKL dan MPP telah memasang tali pita amaran serta meletakkan penghadang di sekeliling tanah runtuh untuk mengelak orang awam daripada cuba melaluinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya