ROME: Jaguh pecut 100 meter dunia, Lamont Marcell Jacobs mencabar Usain Bolt untuk bersaing dengannya selepas pelari Jamaica tersebut yakin dia boleh memenangi acara riben biru di Olimpik Tokyo.
Jacobs, yang mahu mencabar Bolt dalam satu pertandingan amal acara pecut berpasukan berkata, dia amat berterima kasih kepada Bolt kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Bolt dalam satu temubual minggu lalu mengakui kecewa apabila pelumba lelaki Jamaica tewas dalam perebutan emas di Tokyo, di samping terkejut apabila Jacobs, yang tidak dikenali sebelum Olimpik, meraih kemenangan mengejut.
Jacobs, yang tidak berlumba sejak memenangi emas di Tokyo itu, menerusi media sosial mencabar Bolt yang juga pemenang lapan pingat emas Olimpik dan 11 kali juara dunia.
“Anda adalah wira saya, terima kasih atas pujian itu. Tetapi anda juga berkata anda mampu menang, jadi saya menerima cabaran itu.
“Bagaimana dengan memulakan dalam perlumbaan amal bagi acara merebut bendera? Anda bersama pasukan anda dan saya bersama pasukan saya,” kata Jacobs.
Bolt, yang sudahpun bersara merupakan pemegang rekod dunia dalam acara 100m dengan catatan terbaik 9.58 saat pada 2009 itu.
Ujar Bolt, kemenangan Jacobs dengan catatan 9.80s di Tokyo masih jauh daripada tahapnya sekalipun sudah bersara pada 2017.- AGENSI