IYRES-UMP jalin kerjasama pembangunan model analitik - Utusan Malaysia

IYRES-UMP jalin kerjasama pembangunan model analitik

MUHAMMAD Mahadi Mohamad (dua kiri) bersama Yuserrie Zainuddin (dua kanan) menunjukkan dokumen MoU kerjasama IYRES dan UMP di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalin kerjasama strategik yang akan memanfaatkan pembangunan model analitik Indeks Belia Malaysia dan Indeks Budaya Sukan Malaysia. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, menerusi usahasama dalam bidang penyelidikan itu, IYRES yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan berkongsi data membabitkan pembangunan belia Malaysia.

Katanya,  pihak UMP pula akan berkongsi kepakaran universiti khususnya berkaitan teknologi data raya (big data). 

“Ini merupakan kerjasama untuk memenuhi tugas dan fungsi kedua-dua pihak dalam menjalankan inisiatif penyelidikan, analisis data, kepakaran, penerbitan serta dalam penganjuran bersama forum, siri diskusi, seminar dan latihan dalam data raya serta pembangunan belia. 

“Usahasama di antara UMP dan IYRES ini bertepatan dengan trend semasa dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) memandangkan  analitik data raya merupakan satu tonggak kemajuan teknologi masa depan,” katanya dalam majlis menandatangani dokumen memorandum persefahaman (MoU) di Kementerian Belia dan Sukan, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, Dr. Muhammad Mahadi Mohamad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof.  Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Ketua Pegawai Eksekutif IYRES,  Dr. Vellapandian Ponnusamy.

Dr. Yuserrie yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMP berkata, majlis ini merupakan satu mercu tanda penting dalam pembangunan jaringan strategik UMP dengan industri dan organisasi berkredibiliti.

“Usaha ini selaras dengan semangat pelaksanaan objektif kedua Pelan Strategik UMP 2021-2025 iaitu Inovasi dengan kolaborasi dalam penghasilan inovasi dan penyelidikan,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya