Isu kualiti liputan jalur lebar tumpuan utama Perak  - Utusan Malaysia

Isu kualiti liputan jalur lebar tumpuan utama Perak 

MUSTAPA Mohamed bersama Saarani Mohamad pada sesi perbincangan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Perak di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bukan hanya sekadar penembusan jalur lebar mudah alih, sebaliknya kualiti liputan perlu juga diambil perhatian.

Itu antara isu dibangkitkan pada siri jerayawara (roadshow) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Kerajaan Negeri Perak hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menerusi sesi libat urus itu, kerajaan negeri menekankan mengenai soal pendigitalan khususnya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata, infrastruktur digital di Perak kini sedang ditambah baik melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan bermula tahun lalu sehingga 2022.

“Fokus perbincangan sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Perak ialah pembangunan digital di bawah RMK-12. Ini kerana ketersambungan digital adalah pemacu utama untuk mencapai pertumbuhan inklusif dan mampan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sesi libat urus itu turut disertai Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan dan wakil pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

Katanya, jerayawara itu bertujuan menghebahkan dasar, strategi dan inisiatif RMK-12 kepada semua pihak berkepentingan di peringkat negeri.

Mustapa berkata, sehingga suku keempat tahun ini, kerajaan merancang untuk membina 176 buah menara baharu bagi memperluaskan liputan 4G di mana 46 menara baharu siap dibina.

Menurutnya, sebanyak 1,882 stesen pemancar bagi liputan 4G turut dinaik taraf selain 252,475 premis akan menerima capaian gentian optik.

“Selain itu, sebanyak 73 buah perkampungan Orang Asli akan menerima liputan jalur lebar satelit tanpa wayar dan kini dalam tempoh pelaksanaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya