IPD Klang Selatan terima ketua polis baharu - Utusan Malaysia

IPD Klang Selatan terima ketua polis baharu

CHA Hoong Fong (kanan) menerima tongkat kuasa sebagai simbolik pelantikan Ketua Polis Daerah Klang Selatan yang baharu daripada Shamsul Amar Ramli sambil disaksikan Arjunaidi (tengah) di IPD Klang Selatan di Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menyaksikan pelantikan ketuanya yang baharu, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong yang dinaikkan menggantikan  Senior Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang berpindah ke Bukit Aman, hari ini.

Hoong Fong sebelum ini bertugas sebagai Superintendan (D3) Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menggantikan Shamsul Amar yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Pertukaran itu berlangsung dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di pekarangan IDP Klang Selatan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Hoong Fong dalam ucapannya ketika majlis itu menyatakan, pelantikannya sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan yang baharu sebagai satu amanah besar dan menyifatkan daerah tersebut mencabar dengan indeks jenayah tinggi.

“Klang Selatan adalah antara daerah yang paling sibuk dan mencabar di negeri ini. Sebagaimana kita sedia maklum, Klang merupakan kawasan hot spot yang perlu diberikan perhatian khusus oleh polis bagi mewujudkan rasa selamat.

“Maka menjadi keutamaan saya agar kegiatan jenayah di daerah ini dapat dibendung dan diperangi dari semasa ke semasa. Selain itu saya optimis untuk memastikan IPD Klang Selatan terus cemerlang dan mendukung aspirasi pasukan,” katanya.

Beliau menambah, sokongan dan kerjasama daripada seluruh warga IPD Klang Selatan amatlah saya harapkan untuk memastikan segala perancangan dan hala tuju ke arah memantapkan lagi service delivery kepada semua pemegang taruh, khususnya masyarakat di daerah ini dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Amar yang berkhidmat di IPD Klang Selatan sejak 31 Julai 2017 menzahirkan penghargaan kepada Arjunaidi yang mempunyai pengalaman luas atas didikan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Klang Selatan.

“Saya berpeluang berkhidmat dengan tiga Ketua Polis Selangor termasuk Arjunaidi dalam memberikan bimbingan seterusnya membantu dalam menangani segala cabaran dalam tugas dengan jayanya,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya